- Alhamdulillah aku diberi kesempatan merayakan hari raya dengan keluarga tersayang ( mak, ayah, kakak2, abg2, kakak2 ipar, abg2 ipar, adikku, anak2 sedaraku,makcik2, pakcik2, sepupu2 n etc...di kampungku yang sungguh permai itu. Orang lain mungkin x dapat menikmati saat2 indah bersama keluarga.... Alhamdullillah.
- Aku berkesempatan menggayakan 4 pasang baju raya pada thun ini, 2 pemberian kak mijah, sepasang yang dibeli sendiri n sepasang lagi pemberian kaklah majikanku di uia dulu.. aku rasa bersyukur kerana mungkin ada org lain yang terpaksa mamakai pakaian lama mereka ataupun tiada pon baju raya... tiba2 aku teringat iklan kfc yang mana bdak2 kna pakai baju abgnya sahaja setiap thun...alangkah bersyukurnya aku ... Alhamdulillah
- Aku masih diberi kesempatan oleh Allah untuk bersolat sunat Aidilfitri di Masjid Jamek Kubang Ulu bersama org2 kampung..Seronok rasanya dapat berjumpa jiran2 n kawan2 lama especially kawan2 mak aku yang sumenya happening... Syukur aku dapat kesempatan ini kerana mungkin ada orang lain yang x dpat nak bersolat sunat kerana beban kerja ataupun umat Islam yang berada di negara yang dilanda peperangan.. Alhamdullillah
- Aku juga masih diberi peluang olehNya untuk makan n minum sebanyak mana yang aku suka di hari raya dulu, kuih raya, nasi himpit, laksa, n etc.. time p Ijok pon banyak benda yang aku makn.. kalau nak kira jenis2 minuman, mmg x terkiralah kot cos ada air kordial, air gas, air x gas, air panas, sejuk, suam dan lain2.. kalau nak dibandingkan dgn umat Islam dinegara yang bergelodak dengan peperangan, mungkin depa x merasa nikmat sebegini... Alhamdulillah
- Yang paling penting bagi aku adalah kesempatan untuk mencium tangan kedua ayah and makku di hari raya mohon kemaafan dan keredhaan mereka . Walaupun ayat aku cuma sesimple : " mak, adik mtk maaf dr ujung kepala sampai ujung kaki" , " ayah, adik mtk maaf dr ujung kepala sampai ujung kaki". Sebenarnya, dalam lubuk hatiku ni hanya Allah yang tahu bagaimana aku hendak diriku ni dimaafkan dan setiap perjalanan hidup aku ni diredhai ayah dan bondaku.. (nak jugak aku mintak mak n ayahku doakan jodoh aku time hari raya 2 tp ttba aku sedaq yang 2 x sesuai ngan context) Alhamdulillah
- Ya Allah, terima kasih atas nikmat yang kauberikan ini...Alhamdullilah..
Selamat Tahun baru 2018
6 years ago
No comments:
Post a Comment