Wednesday, February 25, 2009

JODOH, MESTIKAH DIKEJAR



di bawah adalah petikan artikel drpd silaturrahim.wordpress yg kita boleh jadikan panduan hidup dalam mencari kebahagian dunia dan akhirat.. walahualam


“Oh ibu, usiaku sudah lanjut, namun belum datang seorang pemuda pun meminangku? Apakah aku akan menjadi perawan seumur hidup?” Kira-kira begitulah keluhan seorang gadis Mekah yang berasal dari Bani Ma’zhum yang kaya raya.

Mendengar rintihan si anak, ibunya yang teramat kasih dan sayangkan anaknya lantas kelam kabut ke sana ke mari untuk mencari jodoh buat si puteri. Pelbagai ahli nujum dan dukun ditemuinya, ia tidak peduli berapa saja wang yang harus keluar dari saku, yang penting anaknya yang cuma seorang itu dapat bertemu jodoh.

Namun sayang usaha si ibu tidak juga menampakkan buahnya. Buktinya, janji-janji sang dukun cuma bualan kosong belaka. Sekian lama mereka menunggu jejaka datang melamar, sedangkan yang ditunggu tidak pernah nampak batang hidungnya.

Melihat keadaan ini, tentu saja gadis Bani Ma’zhum yang bernama Rithah AI-Hamqa menjadi semakin bermuram durja, tidak ada kerja lain yang diperbuatnya setiap hari kecuali mengadap di depan cermin untuk memandang diri sambil terus bertanya-tanya, “Mengapa sampai hari ini tidak kunjung datang juga seseorang yang akan mengahwiniku?”

Penantian jodoh yang ditunggu-tunggu Rithah akhirnya tamat tatkala ibu saudaranya yang berasal dari luar daerah berkunjung ke rumah mereka dengan membawa jejaka tampan. Akhirnya Rithah yang telah lanjut usia pun menikah dengan jejaka yang muda rupawan.

Kenapa si pemuda itu bersedia menikahi gadis Bani Ma’zhum yang telah tua itu..? Oh… ternyata ada udang di sebalik batu. Rupa-rupanya jejaka rupawan yang miskin itu hanya menginginkan kekayaan Rithah yang melimpah ruah.

Sebaik sahaja si jejaka telah berhasil menggunakan sebahagian harta Rithah, dia pun pergi tanpa pesan dan kesan…. Dan tinggallah kini Rithah seorang diri, menangisi pemergian suami yang tidak tentu ke mana perginya. Kesedihan dan kemurungannya dilepaskan Rithah dengan membeli beratus-ratus buku benang untuk dipintal (ditenun), setelah jadi hasil tenunannya, wanita itu mencerai beraikan lagi menjadi benang. Lalu ia tenun lagi dan ia cerai beraikan lagi.

Begitulah seterusnya ia jalani sisa-sisa hidupnya. Sesuailah kata-kata jahiliyyah mengatakan, “ Asmara boleh membuat orang jadi gila sasau.” (tentu bagi orang-orang yang tidak memiliki iman)

AI-Qur’anul Karim mengabadikan kisah gadis Bani Ma’zhum ini dalam surat An-NahI ayat 29, “Dan janganlah kamu seperti perempuan yang menguraikan benangnya yang sudah dipintal dengan kuat menjadi bercerai-berai kembali…” Yang dimaksud Al-Qur’an dengan ‘wanita pengurai benang yang telah dipintal’ tidak lain adalah Rithah Al-Hamqa.

Dalam ayat tersebut, Allah melarang kita berkelakuan seperti Rithah dalam menghadapi masalah jodoh. Namun demikian, banyak ibrah yang dapat kita petik dari episod gadis kaya keturunan Bani Ma’zhum tersebut.

Kisah Rithah mengajar kita bahawa jodoh sebenarnya merupakan urusan Allah. Jodoh tidak dapat dihindari manakala kita belum menginginkannya, dan sebaliknya ia juga tidak dapat dikejar ketika kita sudah teramat sangat ingin mendapatkannya. Bukankah Rasul pun telah bersabda: “Ketika ditiupkan ruh pada anak manusia tatkala ia masih di dalam perut ibunya sudah ditetapkan ajalnya, rezekinya, jodohnya dan celaka atau bahagianya di akhirat”. Kerana Allah telah menentukan jodoh kita maka tidak layak bagi kita untuk bimbang dan risau seperti Rithah. Kalau sudah sampai waktunya jodoh itu pasti akan datang sendiri.

Episod Rithah juga mengajar kita untuk melakukan ikhtiar (usaha) dalam mencapai cita-cita. Kalau ibu Rithah mendatangi berbagai ahli nujum agar anaknya berhasil mendapat jodoh, bagi kita tentunya mendatangi AI-Mujub (yang Maha Pengabul Doa) agar tujuan kita tercapai. Allah sendiri telah berfirman: “Dan apabila hamba-Ku bertanya tentang Aku, maka jawablah bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang-orang yang berdoa kepada-Ku…” (QS.2:186)

Dengan ayat tersebut, Allah memberikan harapan yang sebesar-besarnya bahawa setiap doa yang disampaikan pada-Nya akan dikabulkan. Allah tidak mungkin mungkiri janji, siapa yang paling tepat janjinya selain Allah? Dalam sebuah hadis riwayat Abu Dawud, Tarmizi dan lbnu Majah, Rasul pun bersabda tentang masalah doa, “Sesungguhnya Allah malu terhadap seseorang yang menadahkan tangannya berdoa meminta kebaikan kepada-Nya, kemudian menolaknya dalam keadaan hampa.”

lbrah berikutnya yang dapat kita petik, ialah memupuk sikap ‘sabar’ dalam menghadapi jodoh yang mungkin belum juga menghampiri kita padahal usia kita telah semakin senja. Firman Allah dalam Surah AI-Baqarah ayat 45, “Dan jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya yang demikian itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, iaitu orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Rabbnya, dan mereka akan kembali padaNya.”

Sabar dan solat akan selalu membentengi kita dari desakan orang sekeliling dan godaan syaitan yang berharap kita salah langkah dalam masalah jodoh ini. Masalah ini banyak ditanggung oleh saudara-saudara kita yang sudah layak nikah namun belum ada juga ikhwah yang datang meminang merupakan ujian yang - wallahu a’lam - sesuai dengan ketetapan Allah. Banyak kisah nyata bahawa resah gelisah dan tidak sabar dalam masalah jodoh malah membuat kehidupan selepas pernikahan jadi tidak seindah semasa masih bujang.

Di samping itu, kita pun harus tetap menjaga kemurnian niat kita untuk menikah. Motivasi usia yang semakin senja serta tidak tahan mendengar umpatan orang sekitar harus secepatnya dihilangkan. ltu semua tidak akan menghasilkan suatu rumahtangga Islami yang kita harapkan. Ini adalah kerana kekukuhan rumahtangga kita seiring dengan kuatnya landasan iman dan niat ikhlas kita. Sungguh beruntung sekali menjadi orang-orang mukmin. Tatkala mendapat ujian (termasuk jodoh) ia akan bersabar maka sabarnya menjadi kebaikan baginya. Dan ketika mendapat nikmat ia bersyukur, maka kesyukurannya itu menjadi baik pula baginya.

Kisah gadis Bani Ma’zhum itu juga memberikan nasihat pada manusia di zaman kemudiannya bahawa jodoh merupakan amanah Allah. Amanah yang hanya akan diberikan pada seseorang yang dianggap telah mampu memikulnya kerana amanah merupakan sesuatu yang harus dipelihara dengan baik dan dipertanggungjawabkan. Manakala kita belum dikurniai amanah jodoh oleh Allah, mungkin belum waktunya untuk kita memikul amanah tersebut. Sikap kita yang paling baik dalam hal ini adalah sentiasa bersangka baik (husnudzon) kepada-Nya. Kerana sesuatu yang kita cintai atau sesuatu yang kita anggap baik (jodoh) belum tentu baik bagi kita menurut Allah. Begitu pula sebaliknya sesuatu yang kita anggap buruk bagi diri kita belum tentu buruk menurut ilmu Allah. “Boleh jadi kamu mencintai sesuatu padahal sesuatu itu amat buruk bagimu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu amat baik bagimu. Kamu tidak mengetahui sedangkan Allah Maha Mengetahui.” (QS. 2:216)

Akhir sekali, kisah Rithah memberikan ibrah kepada kita untuk mengarahkan cinta (mahabbah) tertinggi kita kepada yang memang berhak memilikinya. Cinta Rithah yang begitu tinggi diarahkan kepada makhluk (suaminya), hingga membuat dia ‘gila sasau’. Bagi kita, tentu cinta yang tertinggi itu hanya patut dipersembahkan buat yang Maha A’la pula (Khaliq). Bukankah salah satu ciri mukmin adalah asyaddu huballillah adapun orang-orang yang beriman itu amat sangat cintanya kepada Allah (asyaddu huballillah). (QS. 2:165). Jika arah cinta kita sudah benar, maka yakinlah Allah SWT tidak akan mengabaikan kehidupan kita.


Ya Allah, Sesungguhannya Kau Yang Maha Mengetahui


kehilangan :(

minggu ini bukan lah minggu yg fun sgt disebabkan aku dan kawan2 ku dikejutkan dgn berita kepergian ayahanda tercinta sahabat baik kami, rina, innalillah....

personally aku mmg terkejut sesangat sbb a day b4 dat, aku seronok dok merapu ngn cik rina sal life la in general.. kalo aku ni terkejut, x terbayangla camna perasaan ankanda kesayangan arwahhh.dah la hr 2 aku nak wat microteaching listening n speaking n aku tau la yg aku n my grup akan sangat beria 4 the teaching session but when hearing about the news... trus ja x semangat langsung... huhuhu...

tp xpa la,,dah tgjawab as student and teacher 2 be, kitorg wat gak la dgn sehabis baik..alhamdulillah, ok ja kot lesson hr 2..

so, to my friends especially to my dearest rina...

kita kena hadapi sume ni dengan sabar n redha... sume xkan lari daripada benda2 camni..kita pon dah bertambah usia, lagila pulak ngan mak ayah kita.. sebagai anak, kita berdoa ja supaya Allah sayang ibu ayah kita dan masokkan mereka ke syurga.... hanya doa2 anak2 soleh n solehah yg akan mendampingi ayah n ibu kita.... doakan jugak kesihatan mereka dan semoga hidup mereka penuh dengan kerahmatan drpd Ilahi..

kalau kita ada duit lebey, bagilah rawatan terbaik untuk ayah ibu kita sbb semasa kecik, depa dah penat jaga kita.. sekarang ni tiba la masanya kita plak nak berbakti untuk depa..

wallahualam...

Friday, February 20, 2009

FOR THESE... WE SCREAMMMM.....


minggu ni adalah minggu yang sangat crazee, aku dh la bru lepas micro teaching literature n pas2 we have to send a 3 in 1 assg which includes 15 review of literarry texts for children (15 ok, 15), sgt byak la bagi aku... pas2 kna wat laks a cademic paper and the last part kne wat lesson plan ( 1 jer tp ada gak org yg wat lebey.... nama dirahsiakan.. hihi)

pas2 ada ka... my grup n i diinvite untuk wat microteaching pg ni... ajar listening n speaking for year 1 ..

aku kautim la ngan rep subject ni.. kira ok la pospone next week tp kalo wat jugak mmg mati n sapala yg nk dengar aku ngaja cos sume dah macamzombie... it snot dat kitorg x start awal on te assg but most of the people even for the rajin ones cant finish the assg cos it s like a never ending work( read, thnk, write, think, ....) kalo ada org kat luar sana kata senang nak jadik cikgu... au have to think more than twice k, its not as wat kacang as u all thought...

so friends... nantikan kemunculan kami bertiga lagi pada hariisnin depan yer....dan bersedialah nak jadik bebudak year 1 .... hehe

pics below are the pics of determination and courage of all tecaher wannabe and we are so proud of this.... and for our pupils in the future.. we all are trying really hard to bring the best for u all.. can't wait to finally meet u all.. ( personally, i hope mine will be in Bukit Mertajam, hihi, IAllah, ameen)







above: carrying with happiness..happy nyer dia...





above: ikat jgn x ikat, 1st time rasany ahantaq esemen dlam ikata simpul mati.. napa la agak nya..fyi: the juruikat got the same name.. spa ntah.??







above: yg ikatnya sorang, yg renyihnya ramai...hehhehe...moral value: cooperation and hardwork...


to my friends, congratulations cos we did it..waopon byak dugaan yg mendatng... iAllah hari bahgia akan menjelma... ( ada kena mengena ka??)


Thursday, February 12, 2009

MANUSIA BERTOPENGKAN........

hidup ini penuh dengan lakonan dan dunia ini hanyalah pentas.. even Shakespeare said that..apakah ada hidup tanpa lakonan???



BELOW ARE THE PICTURES OF MICROTEACHING SESSIONS...and all the person behind the masks are the primadona...


to those are not exposed to the term ' microteaching'. It is actually a session when a teacher trainee must learn to teach by teaching her own classmates. The process of teachin just the same as teachin kids at school but in microteaching, the pupils would be little bit old of coz.... i really like to snap pic during micro teaching cos after that, aku leh gelak tgok hgpa.hehehehhehehe






picture above was taken last semester during my own lesson. Reading lesson on the topic: Animals in the Zoo. nama murid2 dirahsiakan... peluang utk meneka adalah terbuka luas kpd anda semua.... muhahahha





????? a bear?????




LITERATURE CLASS:

a drama bout stealing heat... lots of ANIMALS involved... a cute mouse over there....hihi







AREN'T THEY CUTE??????

Monday, February 9, 2009

DARI MELAKA KE NEGERI JOHOR




my first journey to johor or more specifically, kulai... kampung mawi.......aku ngn ain, shak n mrs drebar, aireen...:)







arial ( tol ke ejaan ni) sgt tinggi2 di johor, bak kata nishak... nak dapt tv singapore



lagi arial yg tinggi2 di kulai..ke batu pahat ntah..





kawasan laluan motosikal di jalan raya, kat penang x dak camni..





kereta viva di blakng...







awas... jambatan pulau pinang di hadapan...it may look like it but its not, xtau jmbatan apa...


perjalanan more or less about 3 hours cos we did take highway on the way to kulai...




Friday, February 6, 2009

POSTING O POSTING




iAllah bulan 8 ni dapt la aku berposting an menjadi guru stelah dah lama jadi seorang student ni.. aku dah mtk la nak posting kat penang sbb aku org penang and my second choice is Kedah sbb kalo area kulim kira ok la kan...

tp byak la plak org ckap yg most of my batch keluaran 2009 ni would be sent to Sabah n sarawak.... what should i do????huhuhu.. xtau la nak wat apa... cuma doa la sbg senjata aku.mudah2han dapat la dekat ngan keluarga...ameen

ayah aku pon x sihat, maybe by end of this year dia dah kna wat dialisis so kalo aku dok jauh2 sapa la nak tgok2 kan ayah... xkan la nak harapkan kakak2 n abg2.. aku pon anak ayah gak... so camna ni... kalo nak kwen dulu as alasan nak dok dekat2 famii.... mmg xleh pakai dah alasan 2 sbb byak je kawan aku yg dah kawen, tp dapat gak sbh n srwk.... so


kalo ada org2 bpg yg baca entry ni.... tolonglah saya ... huhuhuhu






Thursday, February 5, 2009

SENAM???



naik je sem ni ( sem last aku sbg undergradute) , aku dianugerahkan satu semangat yg kuat untuk bersenam.. hikhik...alhamdulillah..

actually aku ni rajinla jugak bersenam tp badan aku jer yg xmo kurus (ye lah sgt aku ni rajin kan, ihihih)... meh kita tgok chronology aku bersenam sejak foundation year sampai skang ni..

  1. mula2, aku diperkenalkan dengan bukit cina yg dekat ngan inst pengajian aku, rajin oo aku pi sana sbb ada mee kari yg menanti ( hikhik) slalu p ngan kak ana yg selim melim 2 n antara yg aku igt slalu p ngan aku adalah geng besa aku kat blok b dulu, yana joe, nurul, wawa, etc.. pas2 slalu gak p ngan indah n jerin cos nak p mdam king's pas2.. hahhaa nmpak sgt sume for hidden agenda...hehhehe
ada 1 kes 2, time p mkan mee kari pas joging, dok kira2 duit, x cukup la plak, makan sedap tp bwak duit seciput so terpakasa la call ajun n shak suh antaq duit... bengang tol la budak 2 org 2 nak bgun pagi2 buta nak hntaq duit... n yg x thn 2, sebenarnya salah kira.. duit 2 cukup jer sebnarnya... hahhaha,, mesti ajun n shak rasa cam nak lempang kami sume time 2. ( sowie la cik ajun n cik shak)

2. dah smpai era aku berumate dng cik su plak and bila dah rapat n su n the geng ( skang lebey popular dgn pagilan geng pagar buluh, su tlah introduce aku ngan bukit srindit lak, baru la aku tau penangn exercise kat c2, mmg best esp aerobik dia... nak 'cuci mata' pon best gak kat c2... hihiihiih... ptg2 slalu la p... tp mmg x brapa nak kurus la cos pass jer blik mesti singgah kat kedai makan bayu ataupon pasar mlm kalohr jumaat...stakat sem bru ni, bru skali p bukit srindit... syok oooo, masih sama spt 2 thun yg lalu..

3. activity exercise di inst perguruan masih bertrusan bila aku ni rupa2nya slalu gak join aerobik kat maktab... cam besa org cam su, yana jo, sab la yg wat benda chorographer ni.. best ooo n one of my sweetest memory adalah pabila tesl 1 cohort 2 dapat no 4 pertandingan erobik maktab n yg tlah menjadi satu2 nya kumpln yg di anggotai oleh org2 yg x kurus ( synonim: agak gemokla) n kemenanagn 2 jadi kenanagn terindah la... n ni mungkin berkat manager yg sgt dedicated iaitu ajun..

4. kat uia, aku suka gak p gim uia 2, maklomla perak ( jakun) sbb manala penah p gim sebelom ni, pas2 aku build up geng gim la iaitu aku, aireen , jeno.. (fyi: mereka berdua suda kurus skang ni, huhu) pas2 slalu gak la aku jlan2 round uia smbil cuci mata yg slalu ja gatai ni... hikhihk

5. pas2, era erobik n joging aku tinggalkan sebentar sbb aku dah ada passion baru = belly dancing.. aku mmg suka la sbb ala2 menari cam2 n kalo konsisten mmg leh kurus tau... aku berjaya kurangkan ukurlilit sebyak 1 inci dlam tempoh 1 mggu... kira okla...n dgn adanya org yg supportive cam yana joe n shak... than gak la wat tp x lama pon thn wat belly dancing ni...yg penting fun time together...:)

6. lepass 2, shak n su kot kalo x salah dah kenalkan aku ngan poco2,
mmg masyuk tol.. berround2 leh wat.. ngan rumate aku la time 2, shak, yana jo , n rina... kadag2 jiran2 dtg join... .. skang dah x wat dah... besala warm2 chicken s**t kan...

7. currently, aireen suka ajk aku p joging kat tman rimba air keroh or srindit, mmg best la....cantik tempat 2, ada fountain, tman, jmbatan gantung n sbg nature's lover, aku mmg suka la.. harap2 tabiat ni berkekalan la smpai aku jadi kurus cam dia.. iAllah

in short, aku ni suka jugakla bersenam kiranya, mtk2 dapt teman idup yg suka bersenam n bersukan jgak... untuk kesihatan yg optimum...

p/S: ajakla aku kalo nak senam ye


BADAN SIHAT OTAK CERGAS...






perasaan melihat orang bahagia

adakalanya melihatorang bahagia mmg dapat membahgiakan kita jugak...

this is my personal view la.. aku slalu rsa g2 esp dalam mood kawen yg on the air ni.. mmg betol la.. sonok sgt rasanya bila kawan2 dah ada 'kawan' dalam hidup dorang..

so tahniah kpd kawan2 yg dah mendirikan umah tangga n all the best kpada yg akan kawen..

kpda yg masih mencari, doa itu senjata orang mukmin so jgnla kita jemu berdoa dan percaya yg Allah dah takdirkan kehidupan kita ni macamana....mtk2 kita dapat yg terbaik untuk kita... insyaAllah....ameen

c